Friday, February 10, 2012


1. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam video di atas.

a)
b)
c)
d)
e)

Wednesday, February 8, 2012

SEMANGAT KEKELUARGAAN



1. Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam video ini.

a)
b)
c)
d)
e)

LATIHAN 5

1. Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberi dibawah.

a) Makan -

b) Bermain -

c) Sambil -

d) Mendengar -

e) Memasak -

Friday, February 3, 2012

LATIHAN 4













1.Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Bina sebuah karangan dan panjang karangan anda hendaklah diantara 120 hingga 140 patah perkataan.

LATIHAN 3

1.Isikan tempat-tempat kosong dengan Imbuhan dalam tiap-tiap ayat di bawah ini.

(di) (ter) (me) (pe) (ke)
(ber) (kan) (an) (lah) (kah)


i. Air teh ini tawar sebab tidak _______ bubuh gula.

ii. Saya sangat kasih_____ kepada orang tua itu.

iii. Timba itu ______jatuh ke dalam perigi.

iv. Dia ucap____ terima kasih kepada saya.

v. Katak itu telah _____lompat ke dalam kolam.

LATIHAN 2

1.Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa
dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang
ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu
barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang
dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau
membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak
pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena
masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
A.Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B.Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C.Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D.Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
A.menakutkan
B.menggemparkan
C.menghairankan
D.menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A.ular sawa menelan gajah
B.ular sawa menelan kambing
C.ular sawa menelan ayam
D.ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana
A.mencedera atau membunuh ular sawa?
B.Denda sehingga RM3 000
C.Dikenakan hukuman penjara.
D.Dihukum penjara dan denda RM3 000 Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
A.hukumannya sangat berat.
B.ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C.kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
D.kita boleh dihukum penjara.

LATIHAN 1

1.Jali dan Jasni baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan.
A. Kita
B. Dia
C. Beliau
D. Mereka

2.Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin.
A. Saya
B Dia
C. Aku
D. Mereka